top of page

Latar Belakang

Pengenalan

Infostruktur UiTM Cawangan Terengganu (sebelum ini dikenali dengan InfoTech) mempunyai 11 kakitangan yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat Kanan. Unit ini ditubuhkan pada asalnya untuk menyediakan makmal komputer bagi staff dan juga pelajar dengan nama Unit Makmal Komputer. Ia hanya bermula dengan 3 buah makmal komputer sahaja. Namun dengan pertambahan pelajar dan kepesatan pembangunan ICT pada masa kini, jumlah makmal komputer telah meningkat kepada 12 Makmal Komputer. Kesemua makmal komputer di kampus ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar yang mana makmal dibuka mulai jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak Hal Ehwal Akademik (HEA).
 
Selari dengan kemajuan teknologi maklumat, unit ini berkembang dan peranannya menjadi semakin besar. Sejak itu, peranan unit ini berubah dan skop perkhidmatan diperluaskan ke seluruh kampus dan dikenali dengan nama Unit Sistem Maklumat Bersepadu (USMB) dan kemudiannya ditukar kepada nama Bahagian Teknologi Maklumat atau InfoTech selaras dengan penstrukturan Pejabat Teknologi Maklumat di Shah Alam pada tahun 2012. Ini termasuk prasarana IT disediakan dan segala infrastruktur / kemudahan IT dapat berfungsi dengan sempurna. Selain itu, bahagian ini juga berfungsi untuk menyelenggara semua peralatan komputer di seluruh kampus ini dan juga menjadi sebagai proxy kepada Pejabat Infostruktur, UiTM Shah Alam dalam perancangan berkaitan ICT.
 
Pada tahun 2010, fungsi dan skop unit ini semakin diperluaskan dengan tambahan fungsi menyelia Alat Pandang Dengar (AV). Pentadbiran Infostruktur juga telah diletakkan di bawah seliaan Pejabat Rektor, dan tidak lagi di bawah Hal Ehwal Akademik. Bermula Feb 2019, pejabat InfoTech telah menerima 2 unit Makmal Multimedia (MM5B2 dan MM5B3) yang sebelum ini diletakkan di bawah pengurusan Akademi Bahasa menjadikan jumlah keseluruhan makmal adalah sebanyak 12 buah.

 

Berikutan penstrukturan semula pentadbiran yang berlaku di Jabatan Infostruktur Shah Alam pada 2018 dan untuk tujuan penyeragaman, nama pejabat InfoTech juga telah ditukar kepada nama Bahagian Infostruktur pada tahun 2020.

Bermula Oktober 2022, berlaku penstrukturan semula unit di bawah Pejabat Rektor UiTM Terengganu Kampus Dungun yang mana 2 orang staf AV dipindahkan ke Unit Korporat namun operasi berkaitan AV diserahkan kepada staf Infostruktur.

 

Bagi melicinkan perkhidmatan teknologi maklumat untuk semua warga kampus, unit ini dibahagikan kepada sub-unit seperti:

  • Pentadbiran ICT

  • Infrastruktur IT 

  • Sistem Maklumat

  • Operasi ICT / AV

Keyboard and Mouse

Misi / Visi / Objektif

MISI

Menyediakan fasiliti perkomputeran dan AV untuk pengguna warga kampus

3D Geometric Shapes

VISI

Mempertingkatkan pengurusan infrastruktur teknologi maklumat dalam membantu 

memantapkan pengurusan pentadbiran agar mencapai kecemerlangan ke arah unit bertaraf antarabangsa

3D Spheres

OBJEKTIF

  • Menyediakan kemudahan komputer untuk pelajar dan kakitangan

  • Menyediakan perisian yang terkini untuk pembelajaran

 

  • Menyediakan suasanan makmal yang selesa

 

  • Menyediakan infrastuktur rangkaian untuk semua kemudahan warga kampus

bottom of page