top of page

Memuat Turun Perisian Bagi Tujuan POC (Proof of Concept)

Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dalam usaha untuk melaksanakan POC terhadap keperluan bilangan bagi sesuatu perisian, pihak Jabatan Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) telah membenarkan beberapa perisian yang boleh dimuat turun ke komputer masing-masing. 3. Perisian-perisian tersebut adalah SPSS & AMOS ver 24 (network license), Nvivo ver 11, MS Office ver 2016, MS Project, Visio, Matlab dan Maple. 4. Proses muat turun ini boleh dilaksanakan oleh staf sendiri tanpa melalui bantuan staf ICT. 5. Pelaksanaan POC ini hanya sah bagi tempoh 3 bulan bermula dari 8 Januari 2018 hingga 8 April 2018. 6. Dilampirkan tatacara bagi proses muat turun tersebut.

7. Bagi pertanyaan lebih lanjut, tuan/puan boleh hubungi pegawai-pegawai kami di talian bantuan teknikal 03-55442203.

76 views
bottom of page