top of page

Notis Gangguan Rangkaian Intranet

Untuk makluman semua pengguna rangkaian UiTM, pihak Jabatan Infostruktur sedang menjalankan projek penggantian peralatan rangkaian utama (core switch) di UiTM Shah Alam. Antara lokasi strategik yang akan dibuat pemasangannya adalah di Pusat Data Universiti. Kerja-kerja yang dijalankan akan mengakibatkan capaian rangkaian Intranet (capaian ke sistem aplikasi universiti) tergendala. Manakala capaian rangkaian ke Internet (selain capaian sistem aplikasi universiti) akan berfungsi seperti biasa.

Maklumat kerja-kerja yang akan dijalankan adalah seperti berikut :

Tarikh : 23 Mac 2018 (jumaat) hingga 24 Mac 2018 (sabtu) Masa : 11:00 malam hingga 4:00 pagi Jumlah masa capaian Intranet tergendala = 5 jam


Semua perkhidmatan rangkaian Intranet akan berfungsi seperti biasa selewat-lewatnya jam 4:01 pagi pada 24 Mac 2018 (sabtu).


Diharap makluman ini mendapat perhatian dan makluman semua.

35 views
bottom of page