top of page

Kemudahan Office 365 Kepada Staf UiTM

Dimaklumkan bahawa melalui langganan Office 365 oleh pihak KPT, semua staf UiTM akan diberikan satu akaun Office 365.

2. Office 365 merupakan satu koleksi perisian dan perkhidmatan ICT dalam persekitaran cloud, antaranya ialah: - OneNote - Class Notebook - Mail - Calendar - Sway - Word - PowerPoint - Excel - OneDrive - Forms - Planner - People - Tasks - Video - SharePoint - Yammer

3. Setiap staf juga diperuntukkan ruang storan sebanyak 1 TB di cloud Office365. Walau bagaimanapun, dokumen terperingkat dan sulit tidak dibenarkan disimpan di dalam cloud Office 365 buat masa ini.

4. Untuk menggunakan perkhidmatan Office 365, staf perlu login di laman web https://login.microsoftonline.com.

5. Disertakan manual pengguna untuk rujukan staf. Sekiranya menghadapi masalah login sila isi isms dengan memilih Kategori Aduan : Emel Staf dan Jenis Kategori Aduan : Akaun Baru Microsoft 365.

1,062 views
bottom of page