top of page

Penamatan komputer desktop sewaan dan perlaksanaan BYOD

Merujuk kepada emel bertajuk 'Penamatan Komputer sewa Model Lenovo M93P oleh Syarikat Formis' oleh Pn Saenah Hasim, adalah dimaklumkan sebanyak 360 unit dan 234 unit komputer telah tamat tempoh kontrak pada April 2019 ini. Komputer desktop yang tamat akan melibatkan sebahagian besar makmal komputer iaitu sebanyak 12 buah makmal dan juga kelas-kelas semi TEC. Adalah dimaklumkan, gantian komputer di makmal-makmal komputer akan mengikut nisbah 1:15 mengikut keputusan Mesyurat MEU bil 23/2017 : Cadangan Perubahan Nisbah Komputer seperti dilampirkan. Oleh itu, bilangan jumlah komputer desktop pada masa ini iaitu 40 unit setiap makmal akan berubah mengikut ratio yang ditetapkan. Selain daripada itu, perlaksanaan Bring Your Own Device (BYOD) juga akan dijalankan setelah tamat tempoh komputer sewaan di bilik-bilik kuliah. Pihak Bahagian Teknologi Maklumat akan menyedikan port tambahan HDMI pada setiap kelas bagi memudahkan tuan/puan menggunakan peralatan masing-masing. Walaubagaimanapun, kabel-kabel yang berkaitan untuk menukar signal dari laptop ke projektor adalah di bawah tanggungjawab masing-masing kerana pihak kami sukar untuk menyediakan kabel-kabel tersebut disebabkan oleh peralatan yang berbeza dan dikhuatiri akan hilang. Sekiranya ada masalah atau kesulitan semasa perlaksanaan BYOD, tuan/puan masih boleh berhubung dengan Call Center Infotech di talian 1755. Untuk makluman juga, tuan/puan boleh berhubung dengan staf teknikal Infotech untuk tatacara sambungan peralatan sebelum perlaksanaan ini dijalankan. Dilampirkan senarai kelas dan makmal yang terlibat dan juga senarai bilik kuliah yang mempunyai kemudahan internet.

35 views
bottom of page