top of page

Pembelian PC Sewaan Tamat Tempoh Syarikat Formis Network Services Sdn Bhd - Peribadi Sahaja

Adalah dimaklumkan sebanyak 594 set komputer Model Lenovo akan tamat tempoh sewaan bermula April 2019 ini. Komputer akan mula diambil oleh pihak pembekal bermula 31 Mei 2019. Sehubungan itu, berikutan beberapa permohonan dari pengguna untuk membeli komputer sediada, maka di bawah dinyatakan proses permohonan pembelian komputer untuk peribadi sahaja. Tambahan prosedur di UiTM Kampus Dungun :- 1. Jumlah permohonan hanya melebihi 10 set /PTJ , baru akan berlaku urusan jualbeli komputer sewa ini. Bagi yang berminat, mohon respond segera atau selewat2nya 6hb Mei 2019 dengan emel ke saenah@uitm.edu.my atau hubungi ext: 1732 ini untuk tindakan selanjutnya. 2. Keutamaan adalah kepada pengguna sedia ada. 3. Sekiranya ingin membeli dari pengguna sedia ada, urusan adalah di atas pemohon dan pengguna sedia ada 4. Sekiranya ingin membeli dari Makmal Komputer, boleh rujuk MK11A4 - untuk semak kondisi komputer - Pihak InfoTech akan memaklumkan semula makmal yang available untuk urusan jual beli nanti. 5. Semua permohonan hendaklah dimaklumkan melalui emel kepada Pn Saenah Hasim (emel : saenah@uitm.edu.my / ext : 1732 / 013-9308406) untuk tujuan rekod. Sila berikan maklumat berikut semasa urusan permohonan :- nama : no pekerja :

No KP : No Tel : Lokasi :

Aset No : no siri CPU : no siri Monitor : 6. Rujuk prosedur dari pihak syarikat sebagaimana di bawah:- Proses permohonan belian komputer sewaan yang telah tamat tempoh sewaan adalah seperti berikut: 1) Urusan pembelian perlu melalui Pegawai Liaison ICT atau PTM Branches atau mana-mana wakil yang dilantik dan dimaklumkan kepada Formis. Syarikat hanya akan berurusan dengan seorang wakil SAHAJA bagi urusan jual beli komputer tersebut. 2) Wakil perlu memberi senarai Nombor Aset, nama penuh pembeli beserta no. KP untuk tujuan resit pembelian (untuk tuntutan rebat cukai pendapatan - pembelian alatan komputer). 3) Kuantiti minima bagi setiap pembelian tidak kurang dari 10 unit, tidak tertakluk kepada bilangan nama pembeli. 4) Harga satu (1) unit/set adalah RM600.00 (Set: monitor, CPU, keyboard & mouse setiap satu) 5) Bayaran perlu dibuat ke Akaun Bank Syarikat sebelum tarikh kutipan. Sila rujuk Liaison Officer untuk tarikh kutipan yang telah dipersetujui dengan pihak syarikat. 6) No. Akaun akan dimaklumkan kemudian. Mohon e-mail salinan slip transaksi bank untuk rujukan syarikat. 7) Kunci sekuriti (cable lock) akan diserahkan kepada wakil tersebut semasa proses kutipan dibuat. 8) Pasukan kutipan komputer akan dibekalkan dengan senarai nama pembeli bagi mengelakkan komputer terlibat diambil. 9) Resit belian akan dihantar melalui e-mail. 10) Jualan adalah berdasarkan “as Is Where Is” tanpa jaminan produk. Sila uji komputer yang dipilih untuk memastikan kebolehoperasian produk. Sebarang penukaran unit/ komponen yang didapati tidak berfungsi selepas pembelian dengan aset yang masih sah tempoh sewaan di dalam premis UiTM adalah dilarang. Pegawai Liaison perlu memastikan jumlah komputer sewaan yang dikembalikan adalah menepati kuantiti senarai sewaan asal dan ditolak dengan jumlah belian staff di atas. Sebarang kekurangan kuantiti pada tarikh kutipan akan dianggap sebagai kehilangan aset syarikat dan tuntutan gantirugi akan dibuat kepada pihak UiTM melalui Pejabat Infostruktur dan Bendahari Shah Alam.

Dilampirkan pautan untuk maklumat penamatan komputer sewa dan senarai nama pengguna terlibat untuk rujukan dan tindakan. https://infotechtrg.wixsite.com/infostruktur/single-post/2018/11/08/Penamatan-Komputer-Sewa---Jan-2019

232 views
bottom of page