top of page

Gantian komputer sewa Mei / Jun 2019

Merujuk perkara di atas, UiTM Terengganu Kampus Dungun akan menerima komputer gantian sebanyak 232 unit Model Dell OptiPlex dari Syarikat PC Soft yang dijangka bermula 20 Mei 2019. Komputer gantian ini adalah komputer yang menggantikan komputer Lenovo Thinkcentre yang dijangka diambil bermula 10 Jun 2019.

Mohon kerjasama senarai penerima yang terlibat sebagaimana lampiran untuk memindahkan data dari komputer sedia ada ke storan yang lain sebelum proses pemasangan komputer gantian dilaksanakan. Oleh kerana komputer sedia ada masih belum diambil oleh pembekal, komputer sedia ada akan pihak kami letakkan sementara di lokasi tuan/puan.

Untuk makluman juga, nama di senarai agihan mungkin bukan yang terkini berikutan perubahan/perpindahan staf. Tuan/puan adalah diminta untuk membuat pengesahan dengan menghubungi Pn Saenah di talian 1732 dengan memaklumkan no siri komputer sedia ada. Tuan/puan juga boleh membuat semakan dengan senarai komputer yang akan tamat tempoh sebagaimana emel yang telah hantar pada 31Mac 2019, Notis Infotech : Penamatan Komputer sewa Model Lenovo M93P oleh Syarikat Formis

10 views
bottom of page