Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Infostruktur dalam pelaksanaan capaian melalui satu login menggunakan protokol Web Single Sign On atau lebih singkat lagi WebSSO yang membolehkan pengguna menggunakan satu nama login dan satu kata laluan untuk perkhidmatan web UiTM yang berbeza-beza. Sehubungan dengan itu, mohon tuan/puan untuk mengaktifkan akaun WebSSO bagi tujuan penggunan Web Single Sign On. Untuk makluman, sistem-sistem di bawah akan HANYA boleh diakses melalui Web Single Sign On (SSO) MULAI 12 DISEMBER 2019. 1. Sistem UNITS (https://units.uitm.edu.my) 2. Sistem BPPD (https://dc.uitm.edu.my) 3. Sistem MySPB (https://myspb.uitm.edu.my) 4. Sistem MyPhoneLine (https://myphoneline.uitm.edu.my) 5. Sistem PRISMa (https://prisma.uitm.edu.my) Justeru itu, pihak kami ingin menarik perhatian, kerjasama dan tindakan kepada semua STAF UiTM yang sering menggunakan sistem-sistem di atas untuk: 1. KEMASKINI Emel Alternatif anda di i-Staf Portal (sila guna emel selain emel rasmi UiTM) 2. AKTIFKAN akaun WebSSO di https://sso.uitm.edu.my sebelum 12 DISEMBER 2019. Maklumat lanjut dan Manual Pengguna boleh didapati di https://faqsso.uitm.edu.my. Sebarang SOALAN dan ADUAN berkaitan WebSSO, sila salurkan ke https://units.uitm.edu.my.
top of page
609-8403761 / 013-9312102 infotechtrgstaff@uitm.edu.my
Welcome to InfoTech Terengganu
New Year 2024-1
Welcome to InfoTech Terengganu
1/16
bottom of page