PEMAKLUMAN KEPADA STAF UITM UNTUK MEMBUAT DEKLARASI HARIAN SARINGAN RISIKO DAN REKOD PERGERAKAN STAF SECARA ATAS TALIAN
Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Pekeliling Naib Canselor Bilangan 15 Tahun 2020: Pekeliling Pelaksanaan Pengoperasian Universiti Teknologi MARA Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam pelaksanaan staf kembali bertugas. Saringan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kategori staf dalam rantaian wabak COVID-19 seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan risiko jangkitan di kalangan staf apabila staf kembali bertugas selepas tamat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB).
3. Sehubungan itu, semua staf Universiti Teknologi MARA DIWAJIBKAN untuk membuat deklarasi harian saringan risiko dan rekod pergerakan staf (bagi yang bertugas didalam kampus) menggunakan kod QR yang ditempatkan di pintu masuk pejabat/ tempat saringan suhu diambil mulai 11 Mei 2020 (Isnin) sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan. Deklarasi harian dan rekod pergerakan boleh di akses melalui pautan https://saringc19.uitm.edu.my. Ketua PTJ dipohon untuk memastikan staf masing-masing untuk membuat deklarasi harian dan rekod pergerakan.
3. Untuk makluman, kata laluan dan ID pengguna (login ID) staf ke dalam sistem ini adalah menggunakan akaun Google UiTM sedia ada. Bagi staf yang masih belum mengaktifkan akaun Google UiTM hendaklah mengaktifkan akaun google terlebih dahulu sebelum menjawab soal selidik. Pengaktifan akaun Google UiTM boleh dibuat dengan membuat aduan ICT di https://units.uitm.edu.my dengan memilih Category (Operasi-Emel Google) dan Sub Category (Reactivate).
4. Bersama-sama ini disertakan video tutorial panduan mengisi borang deklarasi dan rekod pergerakan di URL https://youtu.be/RcA90KbLqio
Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Commentaires