top of page

Makluman : Penutupan Sepenuhnya Email Warga Lotus Notes (@warga.uitm.edu.my)

Untuk makluman, emel Warga atau lebih dikenali sebagai emel Lotus Notes yang masih boleh diakses di Web SSO Portal ( ikon Warga eMail) akan ditutup sepenuhnya bermula 31 Julai 2022.


Sehubungan itu, pengguna tidak lagi boleh mengakses emel-emel lama tersebut dan pautan atau ikon Warga eMail akan dipadamkan dari Web SSO Portal.


Jika emel tersebut masih boleh diakses sebelum 31 Mei 2022, pengguna bertanggungjawab sepenuhnya untuk memindahkan dengan kadar segera sebarang emel atau dokumen dari emel yang dianggap penting.


Terdapat beberapa server yang sudah tidak berfungsi kerana penamatan servis penyelenggaraan dan kontrak emel Lotus oleh IBM pada Mei 2018 yang mengakibatkan sebahagian emel Lotus Notes sudah tidak dapat lagi diakses .


Perkara ini sudah dimaklumkan semasa proses migrasi kepada platform Google pada penghujung tahun 2019.

Sebarang persoalan berkaitan perkara ini, sila salurkan aduan ICT melalui pautan : https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm .

266 views

Kommentarer


bottom of page