top of page

Makluman & Peringatan Ancaman Serangan Siber

Untuk makluman, Agensi Keselamatan Siber Negara (National Cyber Security Agency (NACSA)), Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui National Cyber Coordination and Command Centre (NC4) telah mengesan peningkatan jumlah serangan siber ke atas beberapa agensi Kerajaan Malaysia.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan serangan siber ini berlaku ke atas komputer peribadi, komputer riba dan lain-lain peralatan elektronik, berikut adalah langkah-langkah keselamatan ICT yang perlu dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan warga universiti.

1. Matikan komputer apabila tidak digunakan.

2. Pastikan kata laluan emel dikemaskini dan menggunakan kombinasi huruf, nombor dan special characters (&,*,%,# etc).

3. Jangan sesekali membuka pautan atau emel yang mencurigakan.

4. Jangan terlalu mudah mendedahkan maklumat peribadi, seperti alamat emel atau kata laluan walaupun anda dikehendaki melakukannya.

5. Memastikan perisian sistem keselamatan komputer seperti perisian antivirus dan firewall dikemaskini menggunakan versi terkini.

6. Berwaspada dengan spear phishing email atau mesej yang mengandungi URL dan sisipan fail dari pihak yang tidak diketahui.

7. Jangan klik sebarang pautan yang tidak dikenali.

8. Jangan lawati halaman web yang meragukan sama ada yang dihantar melalui emel, whatapps, telegram dan media sosial yang lain.

9. Sentiasa berhati-hati dengan sebarang panggilan daripada agensi penguatkuasaan, bank atau syarikat yang menghubungi anda.

10. Menghubungi agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan sekiranya anda merasakan telah menjadi mangsa penipuan.

98 views
bottom of page