top of page

Notis Infostruktur : Penamatan komputer sewaan Dell OptiPlex 7050 sebanyak 291 unit

Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 291 unit komputer sewaan Model Dell OptiPlex 7050 di bawah seliaan Syarikat Bayutronik telah ditamatkan sewaan pada 30 Nov 2022.

Dilampirkan senarai pengguna yang terlibat.

Untuk rujukan, komputer sewaan di kolum untuk nama / lokasi yang berwarna putih sahaja terlibat manakala kolum yang berwarna telah pun diambil oleh Syarikat pada Mac dan Sept 2022 yang lalu. Untuk itu, mohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk bersedia dengan membuat backup data ke dalam storan lain. Tarikh pengambilan komputer sewaan yang tamat akan dimaklumkan semula selepas mendapat pengesahan dari pihak syarikat Bayutronik. Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, staf pentadbiran Gred 41 dan ke atas yang telah disahkan jawatan dan semua staf akademik tertakluk kepada PEKELILING TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN) BIL 6 TAHUN 2020 : PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN ICT iaitu : -

  1. Semua staf akademik yang berjawatan tetap perlu memohon geran komputer

  2. Semua staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran perlu memohon geran komputer. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.

  3. Semua staf Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) berjawatan tetap dan disahkankan jawatan perlu memohon geran komputer. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.

  4. Tuan/Puan diminta kerjasama membuat permohonan komputer geran melalui sistem UNITS di https://units.uitm.edu.my



101 views
bottom of page