top of page

Notis Infostruktur : Penamatan komputer sewaan Dell OptiPlex 3070 sebanyak 116 unit

Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 116 unit komputer sewaan Model Dell OptiPlex 3070 di bawah seliaan Syarikat PC Soft akan ditamatkan sewaan pada 30 Jun 2024.

Dilampirkan senarai pengguna yang terlibat.

Untuk itu, mohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk bersedia dengan membuat backup data ke dalam storan lain. Tarikh pengambilan komputer sewaan yang tamat akan dimaklumkan semula selepas mendapat pengesahan dari pihak syarikat PC Soft.


Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, staf pentadbiran Gred 41 dan ke atas yang telah disahkan jawatan dan semua staf akademik tertakluk kepada PEKELILING TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN) BIL 6 TAHUN 2020 : PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN ICT iaitu : -


  1. Semua staf akademik yang berjawatan tetap perlu memohon geran komputer

  2. Semua staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran perlu memohon geran komputer. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.

  3. Semua staf Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) berjawatan tetap dan disahkankan jawatan perlu memohon geran komputer. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.

  4. Tuan/Puan diminta kerjasama membuat permohonan komputer geran melalui sistem UNITS di https://units.uitm.edu.my -> Grant -> New Grant bermula Jan 2024.


Adalah dimaklumkan bahawa selepas tamat tempoh sewaan, syarikat akan menjual komputer peribadi tersebut kepada staf / pengguna yang berminat dengan harga RM500/unit. Butiran terperinci akan dimaklumkan kelak.

 

Mohon hubungi Pn. Rosila / Pn Hijanah di talian 03-4144 2207 / 012-971 1285 untuk sebarang pertanyaan lanjut.



17 views
bottom of page