top of page

Notis Infostruktur : Penamatan komputer sewaan Dell OptiPlex 5055 sebanyak 232 unit

Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 232 unit komputer sewaan Model Dell OptiPlex 5055 di bawah seliaan Syarikat PC-Soft akan ditamatkan sewaan pada Mei / Jun 2023.

Dilampirkan senarai pengguna yang terlibat.

Untuk makluman, komputer sewaan di kolum yang berwarna kuning sahaja akan menerima komputer sewaan gantian yang dijadualkan akan mula diterima pada Jun 2023. Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, staf pentadbiran Gred 41 dan ke atas yang telah disahkan jawatan dan semua staf akademik tertakluk kepada PEKELILING TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN) BIL 6 TAHUN 2020 : PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN ICT iaitu : -

  1. Semua staf akademik yang berjawatan tetap perlu memohon geran komputer

  2. Semua staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran perlu memohon geran komputer. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.

  3. Semua staf Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) berjawatan tetap dan disahkankan jawatan perlu memohon geran komputer. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.

  4. Tuan/Puan diminta kerjasama membuat permohonan komputer geran melalui sistem UNITS di https://units.uitm.edu.my

Untuk itu, mohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk bersedia dengan membuat backup data ke dalam storan lain. Tarikh pengambilan komputer sewaan yang tamat akan dimaklumkan semula selepas mendapat pengesahan dari pihak syarikat PC-Soft.


Untuk makluman juga, syarikat PC-Soft akan menjual komputer peribadi tersebut kepada staf/pengguna yang berminat dengan harga RM550/unit. Butiran terperinci akan dimaklumkan kelak. Mohon hubungi Pn Hijanah / Pn Rosila di talian 03-4144 2207 / 012-971 1285 untuk sebarang pertanyaan lanjut.



26 views
bottom of page