top of page

Pekeliling Timbalan Naib Canselor (BHEP) Bilangan 13 Tahun 2023

Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Timbalan Naib Canselor (BHEP) Bilangan 13 Tahun 2023 : Penggunaan Sepenuhnya Kad Prihatin Siswa (KPS) Di Seluruh Universiti Teknologi MARA (UiTM)


Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua pelajar Universiti Teknologi MARA berkaitan penggunaan dan pemakaian Kad Prihatin Siswa (KPS) di seluruh sistem UiTM. Semua kad pelajar lama UiTM adalah tidak sah digunakan atau diperakukan untuk sebarang urusan rasmi di universiti.


Justeru itu, penggunaan kad pelajar lama yang berlatar belakang warna kuning seperti di bawah perlu ditukar dengan kadar segera oleh semua pelajar UiTM dengan hadir ke kaunter kad UiTM di kampus masing-masing. Pertukaran kad pelajar lama ke Kad Prihatin Siswa adalah secara percuma (tiada dikenakan bayaran).


TARIKH DIKELUARKAN : Pekeliling ini dikeluarkan pada 07 Disember 2023.

TARIKH KUAT KUASA : Pekeliling ini mula berkuat kuasa pada 08 Disember 2023.

11 views

Comments


bottom of page