top of page

Pelaksanaan Time Management System (TMS) - Rekod Kehadiran

Perkara di atas dan taklimat berkenaan Pelaksanaan Time Management System (TMS) pada 26 Januari 2021 dengan hormatnya dirujuk.


2. Sebagaimana dimaklumkan TMS merupakan sistem atas talian yang akan merekod kehadiran staf UiTM. Sistem ini merupakan salah satu sub modul di dalam sistem HR2U. Sistem ini menggantikan rekod kehadiran sedia ada (samada secara manual KPW atau sistem-sistem merekod kehadiran yang dilaksanakan sebelum ini). Ia berfungsi seperti berikut:

- Permohonan WBB untuk memilih Waktu Peringkat 1, 2, 3 atau 4 (termasuk WP 5,6,7, dan 8 bagi bulan Ramadhan kelak)

- Ketik masuk (clock-in) dan ketik keluar (clock-out)

- Mengisi lupa ketik (sekiranya berlaku perkara kecemasan atau hal-hal berkaitan

- Mengisi pengesahan keberadaan (bagi rekod staf berada di urusan rasmi luar pejabat)

- Memantau pemegang KPW (samada staf pemegang kad kuning, hijau atau merah)

- Memaklumkan staf dikenakan tindakan pentadbiran/ menghadiri kaunseling sekiranya berlaku ketidakhadiran yang telah diteliti oleh pegawai

- Membuat laporan kehadiran setiap bulan kepada Unit Integriti


3. Bersama-sama ini disertakan pautan untuk permohonan WBB (bagi staf pentadbiran) yang telah boleh mula diakses :https://hr2u.uitm.edu.my, sila ke Pengurusan Waktu Bekerja Berperingkat. Permohonan bermula 26 Januari 2021 hingga 31 Januari 2021.


4. Staf akademik tidak perlu memohon WBB dan keberadaan adalah mengikut rekod clock-in/ clock-out yang mana pengiraan ATP seseorang pensyarah adalah minimum 39 jam seminggu bagi setiap semester pengajian sebagaimana Pekeliling Akademik Bil. 5 Tahun 2017: Pelaksanaan Amanah Tugasan Pensyarah (ATP3.0) Universiti Teknologi MARA dan Pekeliling Akademik Bil. 4 Tahun 2019: Pelaksanaan Penyampaian Fleksibel di Universiti Teknologi MARA.


5. Staf akan boleh mula ketik masuk dan ketik keluar mulai 1 Februari 2021 di mobile apps (bagi yang memiliki telefon pintar) atau web (bagi yang tidak mempunyai telefon pintar).


Untuk menggunakan aplikasi mudah alih HR2U ini, pengguna perlu muat turun aplikasi terlebih dahulu melalui pautan berikut:

Panduan pengguna IOS dalam memuat turun aplikasi dan konfigurasi tetapan boleh didapati di link yang tersedia diatas.



Pengguna Huawei : Huawei PlayStore


Klik pada ‘Download’.

Install aplikasi yang telah dimuat turun ke dalam telefon mudah alih. Untuk konfigurasi di dalam telefon mudah alih, pilih Setting > Advance Setting > Security. Tandakan (tick) untuk unknown sources.


Nota : Konfigurasi mungkin berbeza untuk setiap model telefon mudah alih.


6. Panduan disediakan untuk semua bagi pelaksanaan ini dan ia boleh dicapai di https://hr2u.uitm.edu.my – Panduan – Pengurusan Waktu Bekerja.


Kerjasama semua amat dihargai dalam memaklumkan kepada staf masing-masing dan didahului dengan ucapan terima kasih.

3,463 views

コメント


bottom of page