top of page

PEMAKLUMAN PENARIKAN SERVIS PREMIUM PERCUMA GOOGLE BERMULA 30 SEPTEMBER 2020

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.


Dimaklumkan  bahawa Servis Premium yang telah diberikan percuma oleh Google disebabkan pandemik Covid-19 melibatkan perkara berikut akan dihentikan pada 30 September 2020.


Antara Servis Premium yang terlibat adalah :


1) Jumlah Peserta di dalam Google Meet berjumlah 250 orang (Dihadkan kepada 100 pengguna sahaja)

2) Fungsi Rakaman di dalam Google Meet (Dihentikan)

3) Fungsi Streaming di dalam Google Meet (Dihentikan)


Setakat email ini dikeluarkan tiada makluman rasmi daripada pihak Google untuk meneruskan Servis Premium ini secara PERCUMA. Pihak kami menganggap servis ini ditarik semula seperti yang dipaparkan di laman sesawang Google.


Walaubagaimanapun, warga UiTM boleh menggunakan aplikasi Cisco WEBEX atau Microsoft Teams sebagai alternatif untuk mesyuarat dan webinar. Sila masukkan permohonan aplikasi Webex dan Microsoft Teams di dalam sistem UNITS.


b.p: Pentadbir Email UiTM

Tags:

31 views
bottom of page