top of page

Pemakluman Pengemaskinian Servis Google UiTM

Adalah dimaklumkan bahawa UiTM menyediakan dua (2) platform kepada warga untuk kemudahan e-mel dan aplikasi kolaborasi di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu melalui aplikasi Google dan Microsoft 365.


Walau bagaimanapun, bermula Februari 2021, aplikasi Google telah menjenamakan semula lesen G Suite for Education yang dilanggan oleh UiTM kepada Google Workspace for Education Fundamentals. Perubahan tersebut telah memberi implikasi kepada seluruh pengguna aplikasi Google termasuk UiTM.


Berikut adalah ringkasan perkhidmatan yang terkesan:

Perkhidmatan Google

Sebelum

Terkini

Jumlah Peserta di dalam Google Meet

250 peserta

100 peserta

Storan

Tiada Had

100TB pooled dikongsi semua pengguna

Jumlah jam untuk satu sesi Google Meet

-

300 jam

Fungsi Rakaman Bermula Januari 2022

Ada

Tiada

Fungsi Mute All untuk meeting creators dan calendar event owners

Tiada

Ada

Fungsi Streaming

Ada

Tiada


Namun demikian, warga UiTM boleh menggunakan aplikasi Microsoft 365 sebagai alternatif. Kemudahan ini disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk semua Universiti Awam (UA) di bawah program Office 365 Education A3.


Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Microsoft 365 di bawah program yang dilanggan oleh KPT:

Perkhidmatan Microsoft 365

Keterangan

Jumlah Peserta di dalam Microsoft Teams - Perbincangan/mesyuarat secara dua hala

250 peserta

Jumlah Peserta di dalam Microsoft Teams - Bagi majlis/program secara satu hala

10,000 peserta

Storan

5 TB ruang storan di persekitaran cloud bagi setiap warga UiTM

Aplikasi Office 365

Boleh digunakan di dalam persekitaran cloud dan ianya boleh dimuat turun sehingga 5 lesen bagi setiap peranti yang digunakan (iaitu 5 lesen ke atas Komputer Peribadi atau Mac, 5 lesen ke atas tablet atau 5 lesen ke atas telefon pintar).

Semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan dapat membantu warga di dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran serta proses pentadbiran universiti.

25 views
bottom of page