Emel dari Pengurusan Sewaan Komputer & Geran, Pejabat InfoStruktur bertarikh 3 Januari 2020 adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa komputer sewa model Lenovo M93P sebanyak 116 unit telah tamat tempoh sewaan pada 31 Mei 2020.
Diminta pengguna yang terlibat dapat melakukan perkara-perkara di bawah sebelum proses pengambilan komputer yang dijangka akan dilaksanakan pada 22 Julai 2020 :-
1. Memindahkan data dari komputer sedia ada ke storan lain. 2. Membuang data peribadi atau rahsia dari komputer tersebut. Dilampirkan senarai pengguna yang terlibat untuk rujukan.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Untuk makluman, setakat ini, pihak syarikat masih tidak menawarkan komputer sewa yang tamat tempoh untuk dijual.
Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
Opmerkingen