UiTM kampus Dungun akan menerima komputer gantian yang dijangka akan diterima bermula 17hb Julai 2023. Komputer gantian ini adalah untuk menggantikan komputer sewa model Dell OptiPlex 5055 (232 unit) yang tamat tempoh Mei / Jun 2023.
Tarikh penghantaran / pemasangan pc akan dilakukan pada :-
Penghantaran CPU : 12hb Julai 2023 (Rabu)
Penghantaran Monitor dan Pemasangan komputer : 17 - 18hb Julai 2023 (Isnin - Selasa)
Bersama-sama ini dilampirkan senarai pengguna yang terlibat. (* pastikan menggunakan akaun Gmail UiTM untuk membuka lampiran)
Untuk perhatian dan makluman juga, oleh kerana komputer gantian diterima lebih awal dari komputer sewaan tamat tempoh diambil oleh vendor, maka mohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk menyediakan lokasi yang sesuai untuk pemasangan komputer sewa yang baru nanti, seperti power outlet yang mencukupi dan ruang komputer.
Lokasi transit disenaraikan sebelum komputer diagih dan dipasang oleh pihak syarikat.
Transit Blok Kuliah / Makmal : 160 set 1. Urusetia MK3A3/4 : 56 set 2. MK11A4 : 20 set 3. MM5B3 : 24 set 4. MK10B2/3 : 40 set 5. MK11B4 : 20 set Transit Blok Pentadbiran : 39 set 1. Unit Mel : 39 set Transit Perpustakaan: 15 set 1. Perpustakaan : 15 set
Adalah dimaklumkan juga bahawa komputer yang tamat tempoh sewaan, syarikat akan menjual komputer peribadi tersebut kepada staf / pengguna yang berminat dengan harga RM550/unit. Bersama-sama ini disertakan link tempahan/pembelian komputer peribadi terdapat di agensi terlibat. 1. https://forms.gle/t1diw326g26B8tz8A (Batch yang tamat 31 Mei 2023)
2. https://forms.gle/5vk8yJZxVKSEa9L86 (Batch yang tamat 30 Jun 2023)
Mohon hubungi Pn Rosila / Pn Hijanah di talian 03-4144 2207 / 012-971 1285 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Comments