Dimaklumkan bahawa bermula Februari 2021, Lesen UiTM yang sebelum ini dikenali sebagai G Suite for Education telah dijenamakan semula sebagai Google Workspace For Education Fundamentals. Terdapat beberapa perubahan yang berlaku dan salah satunya adalah Servis Google Meet.
Servis Google Meet yang dikemaskinikan adalah seperti berikut:
1) Jumlah Peserta di dalam Google Meet berjumlah 100 orang 2) Jumlah jam untuk satu sesi Google Meet adalah 300 jam 3) Fungsi rakaman di dalam Google Meet masih diteruskan sehingga penghujung 2021. Tarikh rasmi penamatan masih belum diumumkan oleh pihak Google.
4) Fungsi Mute All untuk meeting creators dan calendar event owners.
Untuk makluman, Akaun Google bagi kemudahan dan kegunaan pelajar UiTM telah pun boleh digunakan bermula 3 Mei 2021. Sila ikuti langkah berikut untuk login pertama kali: 1. Layari https://mail.uitm.edu.my 2. Pilih menu Gmail Student 3. Masukan Username seperti berikut. Taip no. pelajar diikuti dengan @student.uitm.edu.my (contoh: 2017897072@student.uitm.edu.my ) 4. Masukkan Password mengikut kombinasi berikut : Dua (2) huruf pertama daripada nama penuh pelajar dan huruf pertama adalah huruf BESAR, diikuti dengan simbol @ dan enam (6) nombor terakhir nombor pelajar UiTM. Contoh : Nama Pelajar : Nur Haniyya Abdul Halim No Pelajar : 2017897072 Password Email Google Pelajar UiTM: Nu@897072 5. Sebarang permasalahan berkaitan perkara ini, mohon salurkan aduan di https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm. Sila pilih kategori OPERASI - EMEL GOOGLE.
Opmerkingen