top of page

Penggunaan Perisian Berpusat Jabatan Infostruktur Melalui Capaian Internet

Tatacara Penggunaan Perisian Berpusat Jabatan InfoStruktur Melalui Capaian Internet (SPSS/Matlab/Maple/Adobe untuk Network License / SDL)


Penggunaan perisian yang dinyatakan ini hanya boleh diakses melalui makmal komputer di fakulti/PTJ dengan bantuan teknikal ICT fakulti/PTJ dan menggunakan Remote Desktop Application sahaja iaitu Teamviewer ATAU Anydesk. Permohonan hanya boleh dibuat melalui PENSYARAH sahaja. Penggunaan perisian ini adalah dalam tempoh waktu bekerja mulai 8 pagi hingga 5 petang sahaja.


Atas faktor keselamatan ICT, hanya makmal-makmal komputer TERTENTU sahaja dibenarkan untuk diakses melalui Remote Desktop Application tersebut. Oleh itu, untuk di Kampus Dungun, makmal yang ditetapkan untuk penggunaan di atas ialah MAKMAL KOMPUTER 11B4 buat masa ini. Sekiranya permohonan bertambah, keperluan akan dibuat di makmal komputer yang lain.


Proses permohonan:

1. Permohonan boleh dibuat melalui https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm di Category “OperasiPerisian” dan seterusnya Sub Categories mengikut perisian yang perlu digunakan. Permohonan hanya boleh dibuat oleh PENSYARAH sahaja.

2. Permohonan akan terus diagihkan kepada staf ICT PTJ mengikut PTJ/Kampus pensyarah tersebut ditugaskan.

3. Tindakan staf ICT PTJ untuk memberi maklum balas kepada pemohon tentang tatacara penggunaan Remote Desktop Application seperti berikut:


TATACARA MUAT TURUN TEAMVIEWER

1. https://www.teamviewer.com

2. Klik Download.

3. Pilih Operating System cth Windows.

4. Enable Cookies.

5. Muat turun Teamviewer_setup.exe (open)

6. How do you want to proceed ---->custom installation

7. How do you want to use Teamviewer ----->personal/non commercial

8. Accept-finish

9. Do you want allow---> Yes

10. Define personal password (optional).

* Mohon pastikan katalaluan adalah sama untuk semua PC di makmal.


TATACARA MUAT TURUN ANYDESK

1. https://anydesk.com/en/downloads

2. Klik Download.

3. Pilih Operating System (OS) cth Windows.

4. Klik 2 kali the downloaded AnyDesk file and AnyDesk will start immediately.

5. Enter the ID or Alias of the remote device into the field under "Remote Desk.

6. Klik the green "Connect"-Button and enjoy our fast and simple remote software solution.


PERSEDIAAN TEKNIKAL ICT DI MAKMAL KOMPUTER PTJ

1. Pastikan makmal komputer yang telah ditetapkan mempunyai perisian teamviewer/anydesk.

2. Sekiranya terdapat tambahan makmal komputer yang perlu menggunakan perisian teamviewer/anydesk selain daripada yang ditetapkan lebih awal, staf ICT perlu memohon ke Bahagian Keselamatan ICT, Jabatan Infostruktur melalui Sistem UNITS bagi membenarkan polisi penggunaan perisian tersebut.

3. Merekodkan setiap id Teamviewer/anydesk setiap PC

81 views
bottom of page