top of page

Pertandingan Montaj Hari Merdeka - Anjuran Infostruktur



Pakat kembangkan bakat kreatif tuan/puan dengan menyertai Pertandingan Montaj Hari Kebangsaan 2023, sempena menyambut bulan kemerdekaan peringkat UiTM cawangan Terengganu yang dianjurkan oleh Bahagian Infostruktur. Terbuka kepada semua staf UiTM Cawangan Terengganu.


TERMA DAN SYARAT

  1. Penyertaan adalah dibuka untuk Kakitangan UiTMCTKD sahaja.

  2. Pertandingan bermula pada 22 Ogos hingga 10 Sept 2023.

  3. Penyertaan boleh dikemukakan secara individu.

  4. Durasi atau tempoh montaj yang dihasilkan maksimum 2 minit sahaja.

  5. Setiap peserta boleh menghantar satu(1) penyertaan sahaja.

  6. Setiap montaj adalah merupakan hasil karya sendiri. Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati montaj yang dihantar bukan karya asli maka penyertaan akan dibatalkan serta merta.

  7. Penghasilan montaj adalah berkonsepkan tema merdeka."MALAYSIA MADANI:TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN".

  8. Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian untuk penyediaan montaj.

  9. eSijil disediakan untuk setiap penyertaan.

  10. Semua montaj hendaklah di muat turun ke dalam folder yang diberi oleh pihak Urusetia selewat- lewatnya pada 10 September 2023 (Ahad) jam 11.59 malam.

  11. Penghantaran montaj selepas tarikh tutup secara automatik ditolak.

  12. Hadiah disediakan untuk pemenang Tempat Pertama, Kedua & Ketiga.

  13. Sebarang keputusan hakim adalah muktamad.

Tuan/ puan dengan segala hormatnya dijemput menyertai pertandingan ini.


Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut: https://forms.gle/sVc4tie8miFhvRAV7


Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

Pn Wan Normaini Binti W Mohamad Idris (ext 1753)

En Mohamad Bin Bidin (ext 1761)

4 views
bottom of page