top of page

Pertukaran Lokasi Dan Custodian Komputer Sewaan

Adalah dimaklumkan bahawa menu bagi proses pertukaran lokasi dan nama penerima komputer sewaan telah diwujudkan di dalam sistem UNITS (https://units.uitm.edu.my/). Oleh yang demikian, tuan/puan boleh melaksanakan proses tukar lokasi atau pertukaran nama custodian masing-masing menggunakan sistem UNITS di bawah menu Change Rental. Akses Change Rental ini hanya boleh dilaksanakan oleh Liaison Officer sahaja, manakala kelulusan adalah melalui Ketua PTJ. Permohonan yang telah diluluskan oleh Ketua PTJ, akan terus dimajukan kepada pihak syarikat. Maklumbalas daripada syarikat dan perlaksanaan pemindahan adalah dalam tempoh 3 hari selepas kelulusan Ketua PTJ seperti yang dinyatakan di dalam kontrak. Sila rujuk manual pengguna di sistem tersebut.

Semoga menu Change Rental ini dapat memudahkan semua pihak dalam melaksanakan proses tukar lokasi dan nama custodian komputer sewa. Sehubungan dengan itu penggunaan borang tukar lokasi secara manual adalah tidak terpakai mulai tarikh emel ini.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Seksyen Pengurusan Sewaan Komputer dan Geran Perkakasan ICT.

54 views
bottom of page