Berikutan PKPB yang sedang dilaksanakan , dimajukan perkara-perkara yang perlu pihak kontraktor / vendor lakukan sebelum dan semasa berada di dalam kampus:-
1. Semua staf kontraktor/vendor UiTM di bawah seliaan PPII DIWAJIBKAN untuk membuat deklarasi harian saringan risiko COVID-19 sebelum memasuki kampus dan rekod pergerakan staf kontraktor/vendor (bagi yang bertugas di dalam kampus) menggunakan kod QR yang ditempatkan di pintu masuk pejabat/ tempat saringan suhu diambil. Deklarasi harian dan rekod pergerakan boleh diakses melalui pautan https://saringc19.uitm.edu.my. dan seterusnya dipilih tab Kontraktor untuk tujuan login. 2. Untuk makluman, ID pengguna ke dalam sistem ini adalah menggunakan No Kad Pengenalan/No Passport yang telah dimasukkan dalam Borang Soal Selidik Saringan COVID-19 Kontraktor dalam tempoh PKP sebelum ini. Sekiranya staf kontraktor/vendor berkenaan masih belum mengisi soal selidik tersebut, pihak majikan kontraktor/vendor hendaklah mendaftar staf masing-masing melalui https://fms.uitm.edu.my/ dan klik menu eTenagaKerja(KontraktorPPII) untuk meneruskan proses pendaftaran sebelum staf kontraktor/vendor mengakses semula Sistem Deklarasi Harian COVID-19. 3. Untuk sebarang aduan berkenaan Sistem Deklarasi harian COVID-19 di atas, sila log aduan ke https://units.uitm.edu.my dengan memilih Kategori APLIKASI - SURVEY COVID 19 KONTRAKTOR.
Dilampirkan infografik carta alir proses saringan ke dalam kampus sepanjang tempoh PKPB. Untuk pelawat / vendor, abaikan langkah no 6, dan sekiranya mempunyai masalah kesihatan, sila dapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran.
Comentarios