top of page

SISTEM eCLOCK – REKOD KEHADIRAN STAF UiTM ( BEKERJA DARI RUMAH)

Sistem eClock telah dibangunkan oleh Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk merekod kehadiran dan pemantauan keberadaan staf semasa Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.


Jabatan Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastuktur dan Infostruktur (PPII),  Pejabat Pendaftar dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah melihat sistem ini dan penambahbaikan untuk dipanjangkan kepada seluruh staf UiTM telah dilaksanakan oleh Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Infostruktur, PPII.


Sistem ini merupakan kaedah untuk Pusat Tanggungjawab (PTJ) memantau keberadaan staf melalui rekod clock-in dan clock-out. Sekiranya PTJ telah mempunyai sistem dan kaedah pemantauan sedia ada ia boleh diteruskan.


Capaian sistem ini adalah melalui: https://aplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/


Ketua-ketua pentadbiran PTJ telah diset sebagai moderator untuk memantau (melihat) keberadaan staf di PTJ masing-masing.


Bersama-sama ini disertakan Manual Pengguna untuk rujukan.



4,017 views
bottom of page