PEMAKLUMAN KEPADA STAF UITM UNTUK MEMBUAT SOAL SELIDIK KONTAK COVID-19 SECARA ATAS TALIAN Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 09/2020 pada 8 April 2020 telah membuat keputusan secara dasarnya meluluskan pelaksanaan saringan kontak COVID-19 kepada semua staf UiTM. Saringan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kategori staf dalam rantaian wabak COVID-19 seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan risiko jangkitan di kalangan staf apabila staf kembali bertugas selepas tamat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 3. Sehubungan itu, semua staf Universiti Teknologi MARA DIWAJIBKAN untuk membuat pengisytiharan melalui soal selidik kontak COVID-19 mulai 8 April 2020 (Rabu) jam 6:00 petang sehingga 11 April 2020 (Sabtu) jam 6:00 petang. Soal selidik tersebut boleh di akses melalui pautan https://saringc19.uitm.edu.my. Ketua PTJ dipohon untuk memastikan staf masing-masing mengisi soal selidik ini seperti tarikh yang dinyatakan. 3. Untuk makluman, kata laluan dan ID pengguna (login ID) staf ke dalam sistem ini adalah menggunakan akaun Google UiTM sedia ada. Bagi staf yang masih belum mengaktifkan akaun Google UiTM hendaklah mengaktifkan akaun google terlebih dahulu sebelum menjawab soal selidik. Pengaktifan akaun Google UiTM boleh dibuat dengan membuat aduan ICT di https://units.uitm.edu.my dengan memilih Category (Operasi-Emel Google) dan Sub Category (Reactivate).
4. Bersama-sama ini disertakan lampiran panduan pergerakan staf kembali bertugas setelah tamat tempoh PKP untuk tindakan YBhg Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
sedia bertugas selepas PKP tamat.