Semua warga adalah dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
a. Berhati-hati dengan emel yang mencurigakan dan pautan dengan/atau tanpa lampiran;
b. Memastikan keselamatan peranti dipertingkatkan dengan sistem operasi dan perisian sentiasa dikemaskini menggunakan versi terkini;
c. Pastikan anti-virus telah dikemaskini dan berfungsi dengan baik;
d. Jangan sesekali membuka pautan dari sumber yang tidak dipercayai, yang boleh menyebabkan serangan siber, jangkitan virus komputer atau pencurian identiti atau maklumat akaun;
e. Pastikan kata laluan capaian sistem anda kuat dan selamat. Tukar kata laluan jika diperlukan;
f. Lakukan salinan sandaran secara berkala untuk semua maklumat penting bagi meminimumkan kesan kehilangan data atau sistem dan untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan; dan
g. Tutup sepenuhnya semua stesen kerja sebelum meninggalkan pejabat anda.
Comments