top of page

Tindakan Segera: Pengemaskinian Kendiri (Storan Google UiTM)


Pada masa ini, warga UiTM mempunyai storan tanpa had untuk penggunaan Google Drive, Gmail dan Google Photos. Penggunaan semasa keseluruhan Warga UiTM sekarang adalah 1.61 PB.


Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Google telah mengumumkan plan storan baharu iaitu hanya 100 TB pool storage di mana ianya akan dikongsi seluruh warga UiTM di bawah lesen Google Workspace for Fundamentals (dahulunya dikenali sebagai G Suite for Education) berkuat kuasa pada 1 Julai 2022.


Sebagai persediaan, semua warga UiTM perlu melakukan semakan / audit kendiri penggunaan storan khususnya aplikasi Google Drive.

Warga UiTM perlu memindahkan fail-fail yang jarang diakses kepada storan lokal (komputer) atau memadamkan sebarang fail yang tidak diperlukan di dalam aplikasi Drive, Gmail dan Photos.


Warga UiTM juga boleh memindahkan fail yang bersaiz besar yang masih diperlukan ke OneDrive Microsoft 365 di mana kapasiti yang dibenarkan adalah sehingga 5 TB.


Pihak pentadbir emel UiTM akan menghadkan kuota storan sebanyak 30 GB untuk setiap staf UiTM dan akan sentiasa memantau penggunaan storan warga UiTM selepas ini.


Masalah-masalah berikut akan berlaku jika pengguna menggunakan storan melebihi 30GB :


1. Pengguna tidak boleh menghantar atau menerima emel. Emel yang dihantar kepada anda dikembalikan kepada pengirim.


2. Pengguna tidak boleh sync atau memuat naik fail baru.


3. Pengguna tidak boleh mewujud, mengemaskini dan menyalin fail di dalam Google Docs, Sheets, Slides, Drawings, Forms, dan Jamboard .


3. Pengguna tidak boleh memuat naik gambar atau video di mana-mana aplikasi Google.


4. Sync akan terhenti antara Folder Google Drive komputer pengguna dan My Drive.


Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk pengemaskinian kendiri storan google UiTM:


1. Untuk menyemak jumlah storan yang digunakan, klik pada pautan berikut : https://drive.google.com/settings/storage


2. Untuk menyemak dan memadamkan fail besar atau tidak diperlukan seperti video dalam Drive, klik pada pautan berikut : https://drive.google.com/drive/quota.

Right click fail yang hendak dipadamkan dan pilih remove & Empty trash.


3. Untuk menyemak dan memadamkan fail yang besar atau tidak diperlukan dalam Shared Drive, klik pada pautan berikut : https://drive.google.com/drive/shared-drives.


4. Untuk mencari dan memadamkan e-mel yang tidak diperlukan atau besar , klik pada pautan berikut : https://support.google.com/mail/answer/6374270#zippy=%2Cgmail dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan pada Gmail.


Langkah-langkah ini perlu dilakukan segera sebelum 1 Julai 2022. Mulai 1 Julai 2022, kami akan melaksanakan had storan pada semua warga UiTM.


Segala kerjasama dan tindakan tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.


Terima kasih


Pentadbir Emel UiTM


178 views

댓글


bottom of page