EKSA @ UiTM TERENGGANU
"Ekosistem Kondusif,
Pemacu Perkhidmatan Berkualiti "
EKSA @ Infostruktur
Pengenalan EKSA
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:
-
Imej korporat,
-
Kreativiti dan Inovasi,
-
Amalan Hijau,
-
Persekitaran Kondusif dan
-
Kepelbagaian Agensi.
EKSA @ UiTM Terengganu
Visi dan Misi EKSA
Visi - Amalam EKSA bertujuan untuk mewujudkan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang melalui ekosistem persekitaran kerja yang kondusif di UiTM Terengganu.
​
Misi - Melestarikan amalan EKSA kepada semua warga UiTM Cawangan Terengganu bagi :-
-
mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti, produktiviti dan inovasi
-
meningkatkan disiplin kerja yang cemerlang dan berterusan di kalangan warga kampus.
Objektif EKSA
-
Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti iaitu selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
-
Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga UiTM Cawangan Terengganu.
-
Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh UiTM Cawangan Terengganu.
-
mewujudkan budaya kerja yang ceria, efektif dan inovatif.
-
meningkatkan kesedaran di kalangan warga UiTM Cawangan Terengganu terhadap kepentingan penjimatan tenaga serta kitar semula 'Go Green'
Carta Organisasi EKSA @ Infostruktur
​
Tarikh : 22 Ogos 2024
Tarikh : 22 Ogos 2024
Banner EKSA Lokasi : Sudut EKSA Tarikh : 9 Jun 2024
Tarikh : 22 Ogos 2024