Perkhidmatan Kad Staff / Kad Pelajar (MySiswa)
Infostruktur Terengganu dipertanggungjawabkan untuk proses pengambilan kad staff dan Kad MySiswa. Urusan pengambilan kad boleh dilakukan mengikut jadual di bawah:-
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Pemohon diminta berurusan di Studio Smart Card, Blok 6 (ext: 1731/1728) atau WA +6019-979 4969 untuk urusan pengambilan kad staff / MySiswa.
​
Untuk gantian kad disebabkan kehilangan atau kerosakan kad, boleh rujuk prosedur yang perlu dilakukan.
A] Staf : Kad staf hilang / rosak
1- Perlu buat laporan kehilangan di Pejabat Polis Bantuan sekiranya kad hilang
2- Membayar denda RM50.00 di Pejabat Bendahari
3- Membuat kad matrik/ kad staf baru di Studio Smartcard dan membawa bersama resit pembayaran denda & slip laporan kehilangan.
​
B] Pelajar : MySiswa rosak / hilang
1- Sekiranya MySiswa anda hilang, sila buat laporan kehilangan di pejabat polis bantuan dan bawa resit bayaran (perlu dicetak dari student portal) bersama anda
2- Sekiranya MySiswa anda rosak, sila bawa kad rosak dan resit bayaran (perlu dicetak dari student portal) bersama anda
3- Untuk tujuan pembayaran, anda diminta berurusan di kaunter pejabat bendahari
4- Untuk urusan pengaktifan akaun, pelajar diminta hadir ke mana-mana cawangan RHB berhampiran.