Notis ICT: Status Capaian Internet UiTM
- Infostruktur Terengganu

- Apr 29
- 1 min read

Dimaklumkan bahawa capaian internet di UiTM ketika ini mengalami gangguan prestasi, khususnya pada waktu puncak. Perkara ini adalah susulan peralihan rangkaian UiTM ke MYREN serta pertambahan liputan WiFi yang telah meningkatkan jumlah pengguna dan penggunaan secara serentak.
Sehubungan itu, pihak Jabatan Digital sedang melaksanakan penalaan (fine-tuning) dan pengoptimuman rangkaian secara berperingkat bagi menstabilkan prestasi capaian. Inisiatif ini merangkumi pelarasan konfigurasi rangkaian, peningkatan keupayaan infrastruktur serta penambahbaikan kualiti akses WiFi secara berfasa di seluruh kampus.
Kerjasama, kesabaran dan kefahaman semua warga UiTM amat dihargai sepanjang tempoh ini. Kami komited untuk terus menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa selaras dengan pelaksanaan penambahbaikan yang sedang dijalankan secara berterusan
Segala kesulitan amatlah dikesali.

Comments