Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengajaran & Pembelajaran Bil. 1/2022 (JK P&P Bil 1/2022) pada 5 April 2022, adalah dimaklumkan bahawa pihak Infostruktur hanya menyediakan kabel VGA dan UTP (internet) untuk kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran di bilik-bilik kuliah. Bagi penggunaan kabel HDMI atau converter VGA to HDMI, tuan/puan boleh membuat pinjaman di Pejabat Am Infostruktur manakala kabel-kabel atau converter selain yang dinyatakan yang berkaitan dengan laptop tuan/puan perlu disediakan sendiri kerana pihak kami tidak menyediakan pinjaman dan tidak disediakan di bilik-bilik kuliah.
Untuk penggunaan internet(wired), kabel utp telah disediakan namun begitu sekiranya tiada kabel berkenaan di lokasi mohon maklumkan kepada kami untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya memerlukan bantuan untuk sambungan ke laptop/LCD, tuan/puan boleh hubungi atau whatsapp di talian 013-9312102. Nombor-nombor telefon petugas juga telah ditampal di meja pensyarah untuk kemudahan perhubungan.
Maklumat lanjut : Penyeliaan Bilik Kuliah oleh Infostruktur
Comments