
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua staf Universiti berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Geran Perkakasan ICT staf Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Antara pindaan dari pekeliling terdahulu:-
i. Diwajibkan untuk semua staf Akademik dan Pentadbiran (Kumpulan Pengurusan & Profesional) Gred 9 ke atas yang SAH jawatan sahaja. Pilihan diberi bagi Kumpulan pelaksana Gred 5 hingga Gred 8 yang SAH jawatan.
ii. Pemberian geran sebanyak RM 2,300.00 kepada setiap staf yang berkelayakan untuk tempoh selama lima (5) tahun atau secara pro rata mengikut baki tempoh perkhidmatan.
Penguatkuasaan pekeliling ini juga membatalkan perkara 5.4 di dalam Garis Panduan Pengagihan Perkakasan ICT bil. 05 / 2020.
TARIKH DIKELUARKAN - Pekeliling dikeluarkan pada 01 Mac 2025.
TARIKH KUATKUASA - Pekeliling ini berkuat kuasa mulai daripada tarikh ia dikeluarkan.
PEMAKAIAN - Pekeliling ini adalah terpakai kepada semua staf Universiti Teknologi MARA.
rujuk pautan - Pekeliling NC Bil 1/2025
Comments