Berikutan penamatan komputer sewa sebanyak 116 unit yang dijangka pada Jun 2024, UiTM Kampus Dungun akan menerima gantian komputer sewa Model Lenovo Thinkcentre M70s sebanyak 108 unit. Disertakan senarai pengguna yang akan menerima gantian komputer sewaan tersebut.
Senarai Penerima 108 unit (* pastikan menggunakan akaun Gmail UiTM untuk membuka lampiran)
Tarikh pemasangan komputer gantian adalah pada : 19 - 25 Jun 2024.
Oleh kerana komputer gantian diterima lebih awal dari komputer sewaan tamat tempoh diambil oleh vendor, maka mohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk menyediakan lokasi yang sesuai untuk pemasangan komputer sewa yang baru nanti, seperti power outlet yang mencukupi dan ruang komputer.
Selain itu, mohon kerjasama pengguna yang terlibat mengaktifkan akaun Office 365 untuk tujuan penggunaan perisian Microsoft. Sekiranya masih tiada akaun Office 365, sila membuat permohonan akaun baru melalui sistem UNITS di https://units.uitm.edu.my , kategori : OPERASI EMEL MICROSOFT 365.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Comments