top of page
Stationery

Perubahan Storan One Drive Microsoft 365

Writer's picture: Infostruktur TerengganuInfostruktur Terengganu

Untuk makluman, pihak Microsoft telah mengumumkan plan storan yang baharu kelak iaitu hanya 100 TB pool storage sahaja.


Storan ini akan dikongsi bersama seluruh warga UiTM berkuat kuasa pada 1 Ogos 2024 dan ianya melibatkan aplikasi OneDrive, Outlook Online dan SharePoint Online.


Maklumat berkaitan perkara ini boleh dirujuk pada pautan berikut:



Sehubungan dengan itu, mulai 1 Ogos 2024, kuota storan warga UiTM dihadkan seperti berikut :


  • Staf Akademik dan Staf Skim F adalah 20 GB

  • Staf Pentadbiran adalah 8 GB

  • Pelajar adalah 2 GB


Langkah-langkah di bawah perlu dilakukan SEGERA sebelum 1 Ogos 2024.


Sebagai persediaan, semua warga UiTM perlu melakukan semakan/ audit kendiri penggunaan storan khususnya aplikasi OneDrive, Outlook Online dan SharePoint Online.


Untuk menyemak jumlah storan yang digunakan, menyemak dan menghapuskan fail yang 

besar atau tidak diperlukan di dalam aplikasi OneDrive, mohon rujuk maklumat yang berkaitan di pautan berikut:


Untuk menyemak dan menghapuskan emel di dalam Outlook, mohon rujuk maklumat yang berkaitan di pautan berikut:


Pengguna perlu memindahkan fail-fail yang jarang diakses kepada storan lokal (komputer) atau memadamkan sebarang fail yang tidak diperlukan di dalam aplikasi OneDrive. Mohon rujuk maklumat yang berkaitan di pautan berikut: 


Langkah-langkah ini perlu dilakukan segera untuk mengelakkan servis Microsoft tidak dapat digunakan dan akaun pengguna dibekukan. Sekiranya akaun pengguna dibekukan, Microsoft akan memadamkan fail pengguna selepas 12 bulan. Mohon rujuk maklumat yang berkaitan di pautan berikut: 


Segala kerjasama dan tindakan tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

10 views0 comments

Comments


bottom of page