top of page
Stationery

Tawaran Pembelian Komputer Sewa Tamat Tempoh

Writer's picture: Infostruktur TerengganuInfostruktur Terengganu

Updated: Jul 29, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 116 unit komputer sewaan Model Dell OptiPlex 3070 di bawah seliaan Syarikat PC Soft akan ditamatkan sewaan pada 30 Jun 2024.


Scan untuk Pembelian PC

Adalah dimaklumkan bahawa selepas tamat tempoh sewaan, syarikat akan menjual komputer peribadi tersebut kepada staf / pengguna yang berminat dengan harga RM500/unit (Prosessor Intel Core i5).  


TERMA & SYARAT 

  1. Harga peralatan (Komputer Peribadi - Dell Optiplex 3070 SFF) adalah sebanyak RM500/unit (Prosessor Intel Core i5).

  2. Pembeli dikehendaki untuk melengkapkan link yang disertakan untuk urusan pembelian : https://forms.gle/43bgw4wwwqSRe3MQ6

  3. Semua peralatan ini adalah berserta 2 MINGGU JAMINAN dari tarikh ambilan peralatan.

  4. Penjualan unit peralatan adalah TERHAD.

  5. Tempahan dan bayaran perlu dilakukan terlebih dahulu dan peralatan hanya boleh diambil seawal 1/8/2024 (Batch 12).

  6. Setelah bayaran dilakukan sila muatnaik resit pembayaran di link tempahan sebagai bukti bayaran.

  7. Segala lesen-lesen perisian (software) perlu dinyahpasang (uninstall) terlebih dahulu.

  8. Sekiranya pembelian melebihi satu (1) unit, sila isikan borang berasingan.

  9. Harga tawaran adalah TETAP.

  10. Mohon bayaran & tempahan dibuat selewat - lewatnya pada 31 Julai 2024* (Batch 12).

  11. Jika pengguna/staf tiada maklumat peralatan boleh isikan "PCS Supply" pada ruangan no siri CPU & Monitor / no tagging peralatan. Pihak syarikat akan menguruskan pembekalan peralatan selepas 1/8/2024.

  12. Segala peraturan adalah mengikut terma dan syarat oleh pihak syarikat.


  • Tambahan* : Digalakkan supaya pembeli memastikan komputer sewaan yang ingin dibeli berfungsi dengan baik sebelum proses bayaran. Mohon berurusan dengan pengguna komputer sedia ada untuk mengetahui kondisi komputer terbabit untuk memudahkan urusan tempahan/pembelian komputer.


Dilampirkan senarai pengguna yang terlibat.


CARA PEMBAYARAN  

Kepada yang berminat sila membuat bayaran seperti berikut dan cara pembayaran hanya boleh dilakukan melalui IBG atau Cash Deposit Machine (CDM) sahaja:

Atas nama : PC-SOFT (M) SDN BHD

Bank Kerjasama Rakyat Berhad : 1100349246


Bersama-sama ini disertakan link tempahan/pembelian komputer peribadi yang terdapat di agensi terlibat.  



Mohon hubungi Pn. Rosila di talian 03-4144 2207 / 012-971 1285 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

89 views0 comments

Comments


bottom of page