top of page
Stationery

Tawaran Pembelian Komputer Sewa Tamat Tempoh

Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 64 unit komputer sewaan Model Dell Optiplex 3080 SFF di bawah seliaan Syarikat PC Soft telah tamat sewaan pada 30 Nov 2025.


Adalah dimaklumkan bahawa selepas tamat tempoh sewaan, syarikat akan menjual komputer peribadi tersebut kepada staf / pengguna yang berminat dengan harga RM650/unit (Dell Optiplex 3080/Intel® CoreTM i5-10505/1TB HDD).


TERMA & SYARAT:

  1. Harga peralatan (Komputer Peribadi - Dell Optiplex 3080 SFF) adalah sebanyak RM650/unit (Intel® CoreTM i5-10505/1TB HDD  ).

  2. Pembeli dikehendaki untuk melengkapkan link yang disertakan untuk urusan pembelian.

  3. Semua peralatan ini adalah berserta 7 HARI JAMINAN dari tarikh ambilan peralatan.

  4. Penjualan unit peralatan adalah TERHAD.

  5. Tempahan dan bayaran perlu dilakukan terlebih dahulu dan peralatan hanya boleh diambil seawal 2/1/2026 (Batch 23).

  6. Setelah bayaran dilakukan sila muatnaik resit pembayaran di link tempahan sebagai bukti bayaran.

  7. Segala lesen-lesen perisian (software) perlu dinyahpasang (uninstall) terlebih dahulu.

  8. Sekiranya pembelian melebihi satu (1) unit, sila isikan borang berasingan.

  9. Harga tawaran adalah TETAP.

  10. Mohon bayaran & tempahan dibuat selewat - lewatnya pada 31 Disember 2025 (Batch 23).

  11. Jika pengguna/staf tiada maklumat peralatan boleh isikan "PCS Supply" pada ruangan no siri CPU & Monitor / no tagging peralatan. Pihak syarikat akan menguruskan pembekalan peralatan selepas 2/1/2026.

  12. Segala peraturan adalah mengikut terma dan syarat oleh pihak syarikat. Mohon hubungi Pn Suraya / Pn Rosila / Cik Husna di talian 03-4144 2207 / 012-971 1285 untuk sebarang pertanyaan lanjut.  

Bersama-sama ini disertakan link tempahan/pembelian komputer peribadi yang terdapat di agensi terlibat.



Nota tambahan * : Pengguna yang berminat untuk membuat pembelian adalah digalakkan supaya merujuk kepada pengguna sedia ada bagi mengetahui kondisi komputer yang ingin dibeli. Pihak Infostruktur tidak bertanggungjawab di atas kerosakan komputer selepas pembelian dilakukan.



 
 
 

Comments


bottom of page