609-8403761 / 013-9312102 infotechtrgstaff@uitm.edu.my
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
Permohonan Penggunaan Set Sidang Video
-
Bilik mesyuarat PPS : Membuat tempahan penggunaan Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Siswazah di talian 09-8403786 atau 1786
-
Bilik Mesyuarat BMU : Membuat tempahan penggunaan Bilik Mesyuarat Utama melalui Booking System University (BSU) di menu SPACE
-
Permohonan penggunaan sidang video melalui sistem BSU seperti lampiran - Tatacara Permohonan Set Sidang Video
Permohonan Instalasi Perisian / Peralatan
-
Instalasi perisian : hanya yang di bawah lesen UiTM sahaja. Rujuk pautan garis panduan permohonan instalasi perisian untuk mengetahui senarai perisian yang berlesen untuk UiTM
-
Instalasi pencetak : aset UiTM sahaja
-
Untuk pengguna komputer sewa, kerosakan yang melibatkan perkakasan (hardware) atau formatting , aduan melalui sistem VMS (Vendor Monitoring System) perlu dilakukan di URL -> https://units.uitm.edu.my (Menu VMS). Untuk tatacara aduan melalui sistem VMS, sila klik pautan untuk Manual Sistem VMS.
Permohonan Toner / Ink /Katrij
Untuk urusan permohonan toner / ink / katrij, pengguna diminta berurusan dengan petugas di bilik Urusetia MK11A4. Pengguna diminta mengisi sistem atas talian (eToner) dan membawa sekali bekas toner yang kosong semasa proses pengambilan toner baru. Permohonan toner untuk pensyarah di Blok Sarjana yang tidak memegang jawatan pentadbiran adalah dihadkan satu (1) unit dalam tempoh setahun. Setiap permohonan hanya dibenarkan 1 unit untuk setiap permohonan.
Permohonan Pinjaman Peralatan ICT
Untuk tujuan kelas, perkhidmatan pinjaman peralatan AV, pengguna diminta berurusan di kaunter pejabat Infostruktur Terengganu dan permohonan adalah berdasarkan 'first come first serve', manakala untuk tujuan program, permohonan pinjaman peralatan hendaklah disertakan dengan kertas kerja yang telah diluluskan.
Bagi pinjaman peralatan IT, hanya dibenarkan untuk tujuan mengadakan program sahaja. Untuk pinjaman komputer riba dan pencetak, pemohon boleh mengisi permohonan melalui URL http://bsu.uitm.edu.my
Disertakan garis panduan Perkhidmatan Pinjaman Peralatan untuk rujukan.
Permohonan Tempahan Makmal Komputer
Bermula Oktober 2022, semua Dewan Kuliah adalah di bawah seliaan Unit Korporat.
Tempahan makmal komputer boleh dilakukan dengan membuat permohonan melalui URL http://bsu.uitm.edu.my. Untuk maklumat lanjut berkenaan makmal komputer, sila klik pautan ini. Disertakan garis panduan untuk permohonan penggunaan Makmal Komputer di bawah seliaan Pejabat Infostruktur.
Permohonan Pinjaman Webcam
Bahagian Infostruktur menyediakan pinjaman peralatan webcam untuk penggunaan urusan rasmi. Buat masa ini hanya 7 unit webcam dan akan ditambah dari masa ke semasa. Bagi urusan pinjaman adalah melalui https://bsu.uitm.edu.my/. Mohon rujuk tatacara pinjaman yang dilampirkan.
Pemohon boleh mengambil peralatan di bilik Urusetia MK6B2 setelah menerima kelulusan melalui sistem BSU oleh pihak Infostruktur.