top of page

Penamatan Tempoh Komputer Sewaan - Julai 2021 (akan dilanjutkan)

Info terkini : Dimaklumkan, dalam keadaan pandemik covid19 syarikat PC Soft melalui tender siri 7 tidak dapat membekalkan baki permohonan komputer sewa mulai 13 Julai 2021. Perkara ini sedang diambil tindakan. Oleh itu, UiTM sedang dalam proses memanjangkan permohonan pelanjutan tempoh sewa bagi kontrak tender Siri 6 yang melibatkan syarikat Bayutronik dan Formis kepada MOF untuk kelulusan. Makluman rasmi berkaitan perlanjutan ini akan dimaklumkan sebaik mendapat keputusan daripada MOF.


***************************************************************************************

Adalah dimaklumkan sebanyak 72 unit komputer sewa Model Dell OptiPlex 7040 akan tamat sewaan pada 31 Julai 2021. Tarikh pengambilan komputer sewa oleh syarikat dijangka akan dilaksanakan pada akhir Ogos 2021.

Bersama-sama ini dilampirkan senarai pengguna terlibat.


Untuk itu, adalah diminta pengguna yang terlibat untuk bersedia dengan membuat backup data ke dalam storan lain atau pindah data ke GoogleDrive.


Untuk urusan penggantian komputer sewaan, sebagaimana yang telah dimaklumkan di dalam Pekeliling TNC (Pembangunan) Bil 6/2020 : Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan ICT, sila ambil maklum perkara-perkara di bawah :-

  • Semua staf akademik yang berjawatan tetap perlu memohon geran komputer

  • Semua staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran perlu memohon geran komputer. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.

  • Semua staf Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) perlu memohon geran komputer. Tidak perlu kelulusan JITEN / JTICT. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.

  • Semua bilik kuliah tidak akan dibekalkan komputer sewa.

95 views
bottom of page