Adalah dimaklumkan sebanyak 178 unit dan 121 unit komputer sewa Model Dell OptiPlex 7040 yang tamat sewaan pada 30 November 2021 dilanjutkan sehingga November 2022.
Bersama-sama ini dilampirkan senarai pengguna terlibat.
walaupun begitu, 21 unit dari jumlah kedua-dua fasa yang melibatkan Pensyarah/Ketua Unit/Bahagian/Koordinator tidak akan disambung sewaan dan diminta untuk membuat permohonan Geran Komputer di https://units.uitm.edu.my
21 unit pengguna yang tidak disambung sewaan adalah seperti di lampiran:-
Untuk itu, adalah diminta pengguna yang terlibat untuk bersedia dengan membuat backup data ke dalam storan lain atau pindah data ke GoogleDrive.
Untuk urusan penggantian komputer sewaan, sebagaimana yang telah dimaklumkan di dalam Pekeliling TNC (Pembangunan) Bil 6/2020 : Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan ICT, sila ambil maklum perkara-perkara di bawah :-
Semua staf akademik yang berjawatan tetap perlu memohon geran komputer
Semua staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran perlu memohon geran komputer. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.
Semua staf Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) perlu memohon geran komputer. Tidak perlu kelulusan JITEN / JTICT. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.
Semua bilik kuliah tidak akan dibekalkan komputer sewa.
Maklumat lanjut, sila klik pautan disertakan.
Pekeliling TNC (Pembangunan) Bil 6/2020:
https://infotechtrg.wixsite.com/infostruktur/single-post/pekeliling-tnc-pembangunan-bil-6-2020
Pindaan Komputer Geran:
https://infotechtrg.wixsite.com/infostruktur/single-post/pindaan-proses-permohonan-geran-komputer-bermula-januari-2021
Comments