Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 116 unit komputer sewaan Model Dell OptiPlex 3070 di bawah seliaan Syarikat PC Soft akan ditamatkan sewaan pada 30 Jun 2024.
Dilampirkan senarai pengguna yang terlibat.
Senarai Pengguna (hanya untuk pengguna Gmail UiTM*)
Untuk itu, mohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk bersedia dengan membuat backup data ke dalam storan lain. Cadangan tarikh pengambilan komputer sewaan yang tamat untuk UiTM Kampus Dungun dijadualkan akan dilaksanakan pada 5 Ogos 2024.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, staf pentadbiran Gred 41 dan ke atas yang telah disahkan jawatan dan semua staf akademik tertakluk kepada PEKELILING TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN) BIL 6 TAHUN 2020 : PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN ICT iaitu : -
Semua staf akademik yang berjawatan tetap perlu memohon geran komputer
Semua staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran perlu memohon geran komputer. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.
Semua staf Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) berjawatan tetap dan disahkankan jawatan perlu memohon geran komputer. Tiada lagi agihan komputer sewa akan diberikan.
Tuan/Puan diminta kerjasama membuat permohonan komputer geran melalui sistem UNITS di https://units.uitm.edu.my -> Grant -> New Grant bermula Mac 2024.
Adalah dimaklumkan bahawa selepas tamat tempoh sewaan, syarikat akan menjual komputer peribadi tersebut kepada staf / pengguna yang berminat dengan harga RM500/unit (Prosessor Intel Core i5).
Bersama-sama ini disertakan link tempahan/pembelian komputer peribadi yang terdapat di agensi terlibat.
Mohon hubungi Pn. Rosila / Pn Hijanah di talian 03-4144 2207 / 012-971 1285 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Maklumat lanjut penawaran pembelian komputer : https://infotechtrg.wixsite.com/infotrg/post/tawaran-pembelian-komputer-sewa-tamat-tempoh
Comentarios